Tuesday, December 28, 2010

nice holiday

..salam..

minggu percutian bersama keluarga pada tahun ini adalah sangat memberangsangkan. walaupun sekadar di bumi kelantan, bukannya percutian mewah ke negara luar. jealous sepupu umi bercuti di jepun. nak pergi disneyland!

percutian bermula pada hari pertama tok wan dimasukkan ke Husm bagi membuat pembedahan di bahagian saraf belakang. semua sibuk berulang-alik ke hospital tetapi saya sibuk menjadi 'bibik' di rumah. adeh. rasa tak keruan apabila doktor pakar mengatakan kejayaan pembedahan major tersebut hanyalah 40/60. tetapi hati bersyukur kerana ia dibatalkan atas nasihat anak cucu cicit yang menyayangi tok wan. yakinlah, ubat-ubatan dan latihan fisioterapi juga membantu :)

--> kesian melihat seorang pemuda handsome yang berumur 22 tahun terlantar akibat penyakit kanser tulang. semestinya dia juga ingin belajar atau bekerja seperti kita bukan. lagi menyedihkan apabila mengetahui ibu bapanya sudah meninggal dunia. hmm. moga cepat sembuh.

setelah percutian selama 3 hari 2 malam berakhir, kumpulan masing-masing mula sibuk membuat plan. kaum ibu mahu membeli-belah. kaum adam pergi ke kebun. sepupu-sepapat yang separuh matang mula memenuhi cyber cafe ayah su. oops, tok wan akan sentiasa di jaga rapi di rumah kerana kami mengikut shift ye.

--> mahu perkenalkan kumpulan muda remaja = hazreeni, hafiq, akmal dan yun. kumpulan saya la tu. hee. bermula daripada membuat upacara perkahwinan semasa kecil, gedik betul. akhirnya hubungan rapat seperti adik-beradik sampai sekarang. tiap kali bersua muka, stay up bersama di malam hari dan hang out bersama di siang hari wajib diadakan. saya suka! pastikan kita begini sampai bila-bila tau.

dalam kegembiraan pasti ada kesedihan. timbul beberapa masalah yang membuatkan ramai di antara kami mengalirkan air mata. tentang apa? tak mahu fikir lagi. di harap, ia tidak akan berlaku pada masa yang akan datang. apapun, jumpa lagi kelak. rindu kalian!


mari lihat:





Sunday, December 19, 2010

n.a.t.t

i wanna be the last person..


happy birthday natasya azwin!!

may Allah blessings always be with you :)


moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

selamat berbahagia di samping orang-orang yang tercinta.

di harap kecomelanmu bertambah-tambah. comel muka dan hati ye.



***

mok cik..

balik la cepat. rindu mok cik. tak sabar nok jupo supo hari tu, shopping kat pantai timur mall. ngarut, supermarket jah :P pahtu ngumpat kat umoh tok we'. hee.

tibo-tibo teringat,

1. time kito sakit palo, pakat tarik rambut, buke urut. hoho.
2. kito sokmo kecek 'huduh' mok cik ajar sayo :P but still sopan nge ore lain.
3. mok cik kaunselor sepanjang zaman. sanggup dengar cerito sayo even pukul 2 pagi.



oops, gi jupo mc' nor marin, acu tengok molek. kami hargai bendo tuh.

apapun, thanx blako-lako! :)




p/s: lamo doh sayo mitok gambar kito time dok umoh tok we' tu. wi la. =.='

versi kelate'

Saturday, December 18, 2010

contest bilangan orang paling ramai dalam satu gambar

..salam..

hampir sebulan berjinak-jinak dengan dunia blog, ini adalah yang pertama kali saya sertai. teruja! minah kecoh, orang lain berpuluh contest tak bising pun. =.=

apapun, thanx cik tieka nadira tag saya. thanx juga en. fat+ha+ka sebab anjurkan contest ini. lain kali buat lagi ye, saya nak join. make sure tak complicated sangat. mengada -ada.

okey cukup, kita teruskan dengan agenda yang sebenar..

CONTEST -->
BILANGAN ORANG PALING RAMAI DALAM 1 GAMBAR



kalau masukkan gambar batch time sekolah, memang ramai tapi semua orang pun ada. kalau saya masukkan gambar saya dengan kucing? terruuss kena reject. haih. so, saya pilih gambar...



taddaa!! sangatlah ramai kan! :)

gambar time sambut hari kemerdekaan yang ke-51.
semua di atas adalah peserta yang membuat persembahan - gabungan pelajar-pelajar sekolah dan para guru pelatih dari seluruh IPG.

2195 guru pelatih + 2880 pelajar sekolah = 5075 orang kesemuanya
sumber dari laman web bernama. tak tipu tau. tapi, ada yang terkeluar dari gambar tu, agak-agak je la berapa ye.

saya sedang berselindung di sebalik kain yang membentuk 'selamat datang' tu. tak payah nak teropong memang tak akan nampak. bukti? nahh. maaf buruk. hee.



-sekian-

saya tag :

zimah
eeffah
iyazi


Wednesday, December 15, 2010

panjang lebar

..salam..

bagaimana? kenapa? bila? di mana? siapa?
berbagai-bagai bentuk soalan yang diajukan kepada saya oleh mereka yang ingin tahu tentang perkara itu. terasa diri seperti berada di tempat Aishwarya Rai yang sedang dikelilingi mamarazzi. macam hebat sangat. :p

baiklah, cerita ini mungkin dapat menjawab persoalan itu.

***

kami sudah membawa haluan masing-masing. mengikut kajian yang dilakukan sendiri, Y kini sudah berpunya. susah hati? eit.. itu adat resam di dalam perhubungan kan. itu juga pernah menjadi pesanan saya, dapatkan yang terbaik. tetapi..

ada sumber menyampaikan sesuatu yang tak tercapai dek akal. dia bukan teman rapat mana-mana pihak. saya tak pernah berhubung dengannya. katanya,

'' dia ngan Y ap cer wey? pelik la, kata *****g tapi aku tgk Y layan je org2 lain."

"nk tnya agi, hensem sangat ke budak Z tu sampai kan Y bengang gile ngan die?"

bla bla bla.. terkedu mendengar setiap perincian. tak mahu percaya semua.
hmm.. saya mudah diperkotak-katikkan? ada yang berkata, saya bodoh pasal lelaki, sepatutnya hanya 60% kepercayaan yang perlu diberikan. maaf, saya tak pandai membuat anggaran =.=

..tetapi rakan lelaki saya pernah memberitahu, walaupun lelaki melayan ramai perempuan dengan tersangat mesra, di hati mereka hanya seorang. itu perkara biasa bagi lelaki, tak salah pun, lagipun itulah nafsu yang satu. erm.

berkenaan Z, kalian, tolong tutup cerita basi itu! semuanya telah selesai. saya bersalah tetapi ia tidak disengajakan dan ingin ditegaskan bahawa dia hanya kawan biasa! tak mahu dipandang serong. pliss..

tidak melenting dengan itu semua tetapi mungkin ada sedikit rasa terkilan. haihh..

rakan-rakan lain pernah memberitahu saya X dan Y rapat seperti adik-beradik. ye saya tahu, X juga kawan baik saya.. erm, terhidu sesuatu setelah sekian lama diri ini bermasalah. selalunya 'sixth sense' saya berkenaan Y betul. tentang hati perempuan pula, kami saling memahami.

tanpa segan silu saya bertanya.. kata X.. Y akan memberitahu siapa gadis yang sudah lama diminatinya dan daripada ciri-ciri yang dinyatakan, saya tahu itu X. sudah lama? haih. isi hati X? kelihatan positif..

terdiam seketika. erm, itu hak asasi masing-masing. setiap orang ada perasaan. jika ada peluang dan ruang, tidak salah untuk mencintai dan dicintai kan.

setia menanti walaupun saya pasti kelibatnya tidak akan pernah muncul lagi. namun, kata-kata mereka menyedarkan saya dari 'tidur'. saya perlu melangkah? kepala mengangguk lemah. eit kamu, lagu warkah lebih sesuai untuk saya.. huhu.

yakin dengan jangkaan 'status' itu sekarang... em, mereka serasi! usah ragu, kalau sudah bertepuk kedua-dua belah tangan, teruskan. moga bahagia :)

tak mahu ber'mukabuka' atas beberapa sebab. tipu, padahal ketagih. adeh.. hmm sukar membuangnya, tapi saya tak boleh memandang hanya pada 1 pintu yang tertutup, mungkin ada 9 pintu lain yang terbuka kan. chewahh.

terselit rasa dendam? haishh.. hanya hati yang tercalar. sepanjang 5cm mungkin. huhu.

X,Y.. apapun, saya dan rakan-rakan tahu kalian sahabat yang baik.


[kalian tetap di ingatan walaupun mungkin buat masa sekarang kita kawan hanya pada nama. kalau masing-masing ada buat kenduri, kelak jumpa lagi ye :)]

***

tiada siapa yang salah dan tiada siapa yang betul dalam hal ini. ini bukan waktu untuk menuding jari. jangan salah faham dan buruk sangka ye. ini sekadar luahan yang sudah lama terbuku di hati. penat juga memikulnya.

mungkin ada yang menganggap saya hipokrit kerana cuba positif akan semua perkara. hakikatnya, jika berfikiran negatif, itu merumitkan diri sendiri kan.

blog ini saya jadikan sebagai diari sepanjang zaman. apa yang di rasa apa yang di fikir pasti di coret. hanya inilah tempat saya meluahkan segalanya. maaf jika ada kata-kata yang tidak sepatutnya. terima kasih jika memahami.



moga saya juga akan peroleh yang baik kelak. aminn :)

" if you love something, let it go. if it comes back, it is yours, if not, it was not meant to be"



p/s: terasa ingin membuang cik hati jauh-jauh.