Showing posts with label hari kelahiran. Show all posts
Showing posts with label hari kelahiran. Show all posts

Sunday, August 7, 2016

Allah Selamatkan Kamu ~

Assalamualaikum,

Akhirnya berpeluang untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk post kali ini. Disebabkan agak malas nak membuat post hari lahir untuk setiap bulan, saya memilih untuk membuat ucapan setahun sekaligus. Jimat tenaga jimat masa kan.

Ucapan ringkas yang rasmi. :)

Selamat Hari Lahir kesayangan-kesayangan saya.
Moga segala urusan yang diusahakan dipermudahkan.
Moga iman turut bertambah dengan bertambahnya umur.
Moga senantiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah.

Kenali kesayangan-kesayangan saya:

My familia.
Rindu Rindu Rindu!

Bak 8 April + Umi 27 Julai + Hariz 22 Disember


Abe Apik 23 Oktober + Kak Ira 21 Julai + Aakif Hafiy 17 November

My kepochi gossip girls.
Bila nak jumpa ni? Masing-masing dah gatal mulut nak bergosip. :P


Ah 2 April + Ain 8 Januari

BFF yang kesemuanya akan mengakhiri zaman bujang kelak. Tahniah!
Saya? Saya memilih status hati berbunga-bunga sekarang. Hee.


B 20 Mac

 
L 23 Julai


Mirr 28 Julai

 
Ain Mes 9 Disember

Warga Leo yang akan mencecah umur 26 tahun bulan Ogos ini.
 Wish awal tanda semangat kekitaan menerajui bisnes butik Shazzmin bersama. Haha gedik seyhh. :P


Cikgu SKUL 10 Ogos


Cikgu SKPI 19 Ogos
tuan blog pun nak menempel sama hee.

***

Atas nasihat beberapa orang yang berpengalaman, akhirnya saya tekad untuk mengikut langkah-langkah terbaik untuk kembali tenang. Bukan mahu cari gaduh tetapi cari kebahagiaan masing-masing. Jadi, block dia di dalam handphone adalah yang langkah yang paling penting bagi mengelakkan dari wujudnya anasir-anasir jahat merimaskan. Tidak boleh sama sekali berhubung. Kalau tiba waktu berkumpul? Harus pandai elakkan diri agar tidak timbul salah faham atau fitnah. Jangan fikirkan dia? Itu saya tak perlu risau sebab saya sudah lama lupa semuanya. Completely move on. Thanks to dia sebab selalu huru harakan hati saya, hilang segala perasaan dengan mudah dan cepat. Buat lah hal awak sorang-sorang, jangan nak macam-macam. Fullstop.

Alhamdulillah, hati rasa lega sangat. Sekarang hanya mahu fikir tentang diri saya, keluarga saya, kesayangan saya, study saya dan kerjaya saya. Fokus kepada kehidupan yang cukup indah ini. :)



p/s:
Lagu We Don't Talk Anymore-Charlie Puth dan Terakhir-Sufian Suhaimi menjadi pilihan dibulan ini. Tiada kaitan dengan lirik, lebih meminati melodi yang menarik itu. Layan~

Orang yang selalu buat kerja last minute kembali busy dengan assignments yang bertimbun. Pening tak tahu nak buat mana satu. Adeh. Moga dipermudahkan. Aja aja fighting! 

Monday, December 10, 2012

kami serupa

..salam..

lima hari berada di kampung, sempat juga lah bergembira bersama sepupu sepapat. heaven! :)

sejak akhir-akhir ini, saya dan para sepupu tak habis-habis bercakap tentang Big Bang. bukan hanya kerana saya berkongsi segala benda berkenaan kumpulan ini, ada yang meminatinya disebabkan rakan-rakan sekolah. apapun, VIP bertambah! :p

kalau dah berkongsi minat yang sama, sah-sah la teruja untuk bercerita dan menonton segala video bersama kan. haa lagi menarik bila mana, tak kira lelaki atau perempuan menari walaupun hanya satu step yang diingat. hehe.  :p

okey, cerita daripada pihak perempuan:

malam tu, kecoh sekejap sewaktu menonton segala video kumpulan Big Bang yang berganding dengan gadis-gadis. masing-masing tak puas hati tengok semua itu. walaupun, mereka sebenarnya membuat persembahan, tetapi tetap mengatakan para gadis itu cantik gedik. sampai ada di antara kami yang patah hati okey. hehe.

tahu tak, disebabkan bosan petang tu, kami mula menggabungkan nama sendiri dengan nama ahli kumpulan Big Bang yang diminati. siap tukar nama contact dalam handphone masing-masing tau.

*idea daripada parody Secret Garden Big Bang dan nama sebenar mereka

G-Dragon+Ain = G-Rain
Kim Joo Top+Durrah = Kim DuTop
Seungri+Syakirah = Lee SeungRa
Daesung+Reeni = Kang DaeReen

dan masih mencari sepupu yang meminati Taeyang. :p

disebabkan saya rapat dengan mereka yang masih belasan tahun, mungkin kelihatan kebudak-budakan. tetapi, dengan melakukan sesuatu yang gila-gila dengan minat yang sama, kami berasa lebih dekat. tak sabar nak ketemu lagi! :)

tak semua orang minat k-pop kan. ada yang akan kata, semua benda ini mengarut. mungkin lama-kelamaan ia akan pudar. tak kisah lah. cuma, berikan kami ruang untuk meminatinya untuk waktu ini.

miss my girls so much!

tak cukup seorang-LeeSeungRa hehe

iklan sekejap:
 kalau betul Big Bang akan berada di depan mata kalau ada benda tu, saya yakin semua VIP akan beli. :P

 ***

lagi satu,

HAPPY BIRTHDAY AIN MES!
MAY YOU BE BLESSED.
LOVE YOU!
tak sabar nak berkongsi cerita. tak sabar nak jumpa. :)

Friday, August 17, 2012

Assalamualaikum

dua hari  lagi  umat Islam akan menyambut hari raya. haa, baju raya dah ada ke belum? biskut raya yang buat ke tunjuk? pelita, bunga api, lampu lip lap lip lap dah ready? okey. yang penting, beraya bersama keluarga sangat membahagiakan kan! :)

dengan tulus ikhlas saya ingin mengucapkan, 

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

0-0 tau.

lagi bermakna bila mana raya pertama itu nanti merupakan hari lahir diri ini. disebabkan kita akan sibuk dan tidak akan ambil kisah pun tentang internet mahupun public handphone, doa daripada kalian sebagai hadiah cukup berharga. :)

dapat khabar gembira dan dengar berita buruk itu memang lumrah kehidupan. tetapi saya harapkan yang baik sentiasa bersama. mahu jadi lebih baik, lebih kuat dan lebih segala-galanya! insyaAllah. :)

nak buka diari baru lah. :)

sambut birthday dengan segala warga kampung, solat sunat aidilfitri, makanan yang heaven. best kan. sila jealous sekarang. hehe. :p


Tuesday, May 1, 2012

jieja dan kina

 ..salam..

sekadar berkongsi gambar saya, cik jieja dan cik kina ketika hangout bersama. untuk menyambut tiga hari lahir sekaligus ye. walaupun birthday mereka berlalu tiga bulan yang lepas dan birthday saya akan tiba tiga bulan dari sekarang. huhu.

first, pergi KFC sebab cik jieja nak makan ayam sedap. pergi Mc Donald untuk cik kina yang mengidam burger lazat dan pergi Secret Recipe untuk saya yang mahukan kek kegemaran. heaven kan? heaven lahh. kalian menceriakan hari saya. thanx! :)



 

cop cop,
Selamat Hari Pekerja semua! :)

Sunday, April 8, 2012

080458

..salam..

Who is the one person who can always make me smile?
Even when I am mad at him?
Even if he makes fun of me?
Even when he makes me cry?

He is one of the people who has always been there for me,
one who has always loved, cared and provided for me.
He is someone I love with all my heart.
He is my friend, my HERO but most importantly, he is my FATHER!


Selamat Hari Lahir Bak. Moga Sentiasa Berada Di Bawah Lembayung Rahmat-Nya. :)


salam sayang dari umi, abe' apik, noni dan hariz. <3

Tuesday, March 20, 2012

dua perkara

..salam..

hari ini merupakan hari ketiga saya menjalani praktikum di S.K.Sultan Ismail 2. ada 17 hari lagi yang perlu saya lalui. hehe. nampak sangat tak sabar nak kembali belajar di Ipg. betul lah kata senior, tak boleh tidur malam kalau ber-praktikum. nak buat rancangan pengajaran harian, alat bantu mengajar, persediaan untuk di observe oleh pensyarah ditambah dengan assignment. haihh. tidak hairanlah jika saya mengalami masalah lingkaran hitam di bawah mata. =.='

risau memikirkan murid tahun 3 Mahir dan 3 Kreatif yang bakal dididik. sedangkan cikgu mereka sendiri pun sudah give up untuk mengajar, lagilah saya cuak. penat juga nak kuatkan suara dan seriouskan diri seperti tadi supaya mereka berkelakuan baik. wahai anak-anak murid kesayangan cikgu reeni, kita saling bekerjasama boleh kan. awak buat baik cikgu buat baik, awak buat hal cikgu buat hal. strictnya saya. :P apapun, sangat berharap segalanya berjalan lancar.

board untuk saya berlatih menulis dengan baik actually.
dipenuhkan oleh keluarga tercinta. kalian pembakar semangat. :))

,practicum-mate. moga kita dapat berkolaborasi dengan baik sha. :)

tak lupa kepada semua yang berpraktikum, GOOD LUCK! :D

***

okey, saya panjangkan entry ini untuk Nurul Iyazi Samsuddin,

rindu time dok faris. kito keno salam sokmo sebab maso mudo dulu banyak bermasam muka. :P

Happy Birthday Bestie!
May You Be Blessed :)


susoh la nok jupo bakal akauntan nih. haihh. eit, B pilih jah nok hadioh gapo. reeni belanjo. tapi time kito jupo lah, buke' melalui abe' posmen deh. miss you so much!

Friday, December 23, 2011

:)

..salam..

akhirnya keinginan saya untuk meng-update blog telah kembali. banyak perkara yang ingin dikongsikan sekarang. segalanya perkara baik. :)


pertama: 221293
Selamat Hari Lahir Muhammad Hariz Bin Hasshim.
Moga Sentiasa Berada Di Bawah Lembayung Rahmat-Nya. :)

baru sahaja mula belajar kan, jadi hariz kena belajar betul betul. jaga diri baik baik. berkawan dengan orang yang baik. bercinta dengan orang yang betul. ahah. merapu sekejap. :P


kedua: 201284
Happy Anniversary Umi Bak.
Moga Kekal Bahagia Hingga Ke Hujung Nyawa .:)


ketiga: 191290
Happy Birthday Natasya Azwin.
May Allah Blessings Always Be With You. :)


tak boleh bercerita panjang lebar buat sementara disebabkan beberapa perkara. apapun, tahniah kepada semua pelajar PMR yang mendapat keputusan cemerlang hari ini. harap saya juga sentiasa cemerlang. aminn~

Saturday, December 10, 2011

Disember

..salam..

saya mulakan entry baru untuk bulan disember dengan mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat. :)

091290
Ain Meswan, Happy Birthday! May Allah blessings always be with you. :)

nyanyikan lagu ini untuk reeni pliss..

sungguh reeni rindukan ain. sumpah. kalau lah reeni dikelilingi ain dan rakan karib yang lain. hidup reeni pasti lebih bermakna. tipu lah kalau reeni tak rasa kehilangan. okey okey tak mahu bersedih hati di hari yang baik ini. apapun, kalian tetap di hati sampai bila bila! :)

alang alang dapat free call, jangan lupa reeni yang baik hati ini sedang menanti untuk berkongsi cerita menarik. pastikan anda sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi 'panas telinga' ye. :P


p/s:
0712 - selamat hari lahir nizam. moga semuanya ok. :)
0812 - selamat hari lahir ikhwan. pastikan maswan kekal bahagia tau. :)

Monday, October 24, 2011

231086

..salam..

Selamat Hari Lahir Muhamad Hafiq!
Moga Sentiasa Berada Di Bawah Lembayung Rahmat-Nya :)


sempena ulangtahun kelahiran yang ke 25 ini, hanya 1 yang diharapkan..
moga abe'apik boleh menjadi contoh kepada noni dan hariz. jadi abang yang serba boleh! juga menjadi anak yang soleh kepada umi dan bak. aminn. :)


(susah betul nak jumpa gambar dia di lappy ini. em. nanti saya upload lagi ye)

Sunday, August 21, 2011

190890

..salam..

haa, tarikh di atas merupakan tarikh yang sangat bermakna kepada tuan empunya blog ini. kenapa? sebab itu merupakan detik detik saya melihat dunia ini. :)

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nur Hazreeni
Allah selamatkan kamu

mek putih nama timangan saya. comel kan. :p

Selamat Hari Lahir Nur Hazreeni

[kedengaran sorakan rakan dan kelihatan sebiji kek kegemaran.. angan semata :p]

umur sudah mencecah 21. muda lagi rupanya. hee. sekali lagi saya menetapkan azam untuk menjadi gadis yang lebih baik daripada sebelumnya. juga berharap agar hidup ini berwarna-warni. aminn. apapun, segala ucapan yang diterima daripada semua sangatlah dihargai. terima kasih. moga Allah merahmati kalian semua. :)


*kepada Big Bang saya, happy 5th anniversary. moga sukses selalu. oops, birthday kita sama. suka! hee. :)

Sunday, July 31, 2011

3 sekaligus

..salam..

baiklah, entry kali ini ditujukan khas kepada umi, naela dan amira. :)

walaupun ia sudah berlalu tetapi masih belum terlambat untuk saya mengucapkan..

SELAMAT HARI LAHIR!
MOGA HIDUP DIBERKATI ALLAH SELALU :)

-wan norizan @ umi-
27 Julai

isteri solehah.
ibu penyayang. p/s: kami shopaholic okey. :p
my bestfriend!

a mom is honest,
a mom is true,
a mom is precious,
that mom is YOU.
(anonymous)

-L-
23 Julai

muka poyo. oops.
jaga rantai persahabatan kita elok elok ye. :)

wahai pelajar cemerlang, cepat cepatlah balik ke kelantan. sudah sangat rindu untuk dating bersama di KB Mall. eit, jeles okey L makin bergaya + bahagia. tahniah ye. sila beri petua berguna agar tuan empunya blog ini turut begitu. hee. :D

-mir-
28 Julai

zaman muda mudi. comel betul. hee.
moga ukhuwah sentiasa erat. :)

sudah 4 tahun tidak ketemu, yen rindu mir. sila lapor diri kepada warga ipg-kkb ini jika berada di sekitar kota bharu. boleh? huhu. apapun, mir kelihatan berseri-seri sekarang. moga sentiasa bahagia. :D

akhir kata, saya sayang kalian! mmuah!

Friday, April 8, 2011

en. hasshim bin mohamad

080458
HAPPY BIRTHDAY BAK!
MAY ALLAH BLESSINGS ALWAYS BE WITH YOU

pendidik yang berdedikasi

suami yang mithali

bapa yang penyayang

the GREATEST gift I ever had
came from God and I call him Daddy!

dia selalu tanya:
'dah tua nanti, agaknya, anak-anak ingat lagi ke tak kat parents? yang nak jaga..'

saya jawab:
'noni nak umi dan bak tinggal ngan noni sampai bila bila'

I LOVE YOU :)



Monday, March 14, 2011

akmal jauhari

Selamat Hari Lahir Abang Ngah :)
Moga Diberkati Allah Sokmo Sokmo



bagi saya, dia.. sepupu yang terbaik dari ladang! hee
-budak perasan sebab mengaku dia cucu tok wan yang paling handsome. eeiiuw-

thanx sangat sebab..
selalu dengar cerita saya yang merapu.
awak+abg apik jadi bodyguard saya sepanjang zaman..
dan lain-lain. tak tau nak describe dah. apapun, thanx sorry untuk semuanya.
dah 15 tahun kita berempat jadi 'adik-beradik' kan. kekalkan sampai bila-bila tau.

okey, cukup. senyumlah! :)

Wednesday, January 19, 2011

cik zimah

pertama-tama kali reeni nak minta maaf dengan zimah. sorry sangat-sangat.
actually reeni tahu 18 Januari itu tarikh lahir zimah. tak lupa, tapi..
ada hal yang tak dapat dielakkan. tak tipu pun.
biar reeni jadi orang last yang wish ye,


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20 ZIMAH!
MOGA SENTIASA BERADA DI BAWAH LEMBAYUNG RAHMAT-NYA



miss crab-crab peneman setia saya. mmuah.

ayuh ke pantai. hee.


beberapa patah perkataan untuk zimah:

moga hari esok lebih baik daripada semalam. doakan. jadikan perkara lepas sebagai pengalaman yang mematangkan zimah. percayalah ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. sila senyum! kecantikan zimah terserlah time senyum.

apakah hadiah yang di idam-idamkan, hadiah senyuman daripada reeni? :) sudah! hee. yang pasti, reeni tak boleh hadiahkan seorang 'adam' untuk zimah. ye la, reeni pun sedang mencari. tak kan la nak serahkan dia kepada zimah. merapu :p

sahabat 'jauh di mata dekat di hati' reeni, thanx sorry untuk semuanya ye. gembira ada zimah! kalau ada yang nak dikongsi, bilang saja. eit, reeni sudah sediakan karpet merah, datanglah. jangan lupa karpet kuning untuk reeni. hee.

'SAEM SAPA BILO-BILO DEH'
[orang KL kata: kawan sampai bila-bila tau]


p/s: reeni nak beli kerepek ubi yang pedas tu 1. sedap ohh.

Saturday, January 15, 2011

kembar dua

SELAMAT HARI LAHIR..

nadira atika
noratika

MOGA DIBERKATI ALLAH SOKMO-SOKMO :)

best kan bila ada orang berkongsi tarikh lahir yang sama. kalau rakan, boleh celebrate bersama. kalau bukan rakan, celebrate je la dengan orang lain pun.

nampaknya kalian sudah berumur 21 tahun. semoga dengan angka yang bertambah itu, membuatkan anda akan berubah ke arah yang lebih baik. be matured ok. :)

sila nyatakan kepada saya apa hadiah yang di idam-idamkan. make sure harganya tidak lebih daripada nilai duit kertas yang berwarna hijau ye. :p

***
kenangan bersama mereka sewaktu berada di IPG-KPI,

nad


1) dia tempat saya meluahkan rasa tentang cinta, sangat berpengalaman.
2) duduk sebelah-sebelah dalam kelas, time lecturer mengajar kami bergosip. isy3. so sorry en.azman! tak nak buat lagi. rindu en.azman selalu.
3) dia juga pro dalam matematik. jeles ohh. sila beri tunjuk ajar :)

nak suruh nad jerit time jumpa nanti, reeni rindukan suara nyaring itu. hoho.

ika


1) ada beberapa orang mengatakan kami ada iras. ye ke? ok. huhu.
2) kami satu kepala sebab selalu lepak walaupun kerja bertimbun, tetapi gelabah di saat-saat akhir. hee. apapun, dia lebih hebat daripada saya.
3) merupakan shopping-mate saya. hangout setiap minggu okey :)

nanti kita hangout tau. make sure keluar pukul 8am balik pukul 12am. heaven.


MOGA JUMPA LAGI. KALIAN SENTIASA DI HATI.
MMUAH!

Sunday, December 19, 2010

n.a.t.t

i wanna be the last person..


happy birthday natasya azwin!!

may Allah blessings always be with you :)


moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

selamat berbahagia di samping orang-orang yang tercinta.

di harap kecomelanmu bertambah-tambah. comel muka dan hati ye.



***

mok cik..

balik la cepat. rindu mok cik. tak sabar nok jupo supo hari tu, shopping kat pantai timur mall. ngarut, supermarket jah :P pahtu ngumpat kat umoh tok we'. hee.

tibo-tibo teringat,

1. time kito sakit palo, pakat tarik rambut, buke urut. hoho.
2. kito sokmo kecek 'huduh' mok cik ajar sayo :P but still sopan nge ore lain.
3. mok cik kaunselor sepanjang zaman. sanggup dengar cerito sayo even pukul 2 pagi.



oops, gi jupo mc' nor marin, acu tengok molek. kami hargai bendo tuh.

apapun, thanx blako-lako! :)




p/s: lamo doh sayo mitok gambar kito time dok umoh tok we' tu. wi la. =.='

versi kelate'

Thursday, December 9, 2010

ain meswan

HAPPY BIRTHDAY AIN MES!
moga sentiasa berada dibawah lembayung rahmat-Nya :)



para ustazah. huhu.

walaupun jauh di mata, moga ukhwah kekal selamanya.

indulgence kek kegemaran kami. nyum nyum :)


yang paling saya ingat..

bila sakit, dia yang paling banyak membantu. bawa air sebaldi ke dalam bilik untuk saya mengambil wudu'. bagus kan.

jiran sebelah, jerit je dari dalam bilik "ain mes! aku nak nescafe panas, maggi goreng yang ko buat". dia pasti buatkan. sedap tau. bodek sekejap :p

selalu teman shopping. actually dia terpaksa. tapi sebagai pulangan, dia akan pilih 1901 or secret recipe? ohh dia pilih tiket tambang ktm. untungnya!

sudah setahun berpisah, dia salah seorang teman untuk bergayut di talian celcom upax. selalu menyanyi tanpa dipinta. tak mahu lagu ahmad jais pliss. klasik betul.

tahu semua tentang saya dan penyimpan rahsia yang terbaik dari ladang. hee. tapi kalau tanya tarikh lahir saya, dia ingat-ingat lupa =.=

dan yang paling penting, dia banyak membantu saya untuk lebih dekat dengan Nya. tafsir al-Quran yang diberi adalah hadiah yang tak ternilai. thanx!

okey cukup. moga jumpa lagi! <3