Saturday, January 7, 2012

haihh

..salam..

*haihh.. mengeluh tiga empat kali mengenangkan beberapa perkara yang berlaku sejak akhir akhir ini. dan kesemuanya membuatkan saya rasa gundah gulana. bukan. rasa huru hara. kalau diikutkan hati, nak sangat berkongsi cerita dengan mereka yang sudi mendengar. nak sangat menangis dan peluk erat erat teman rapat. baru lah rasa lega. tetapi disebabkan ia terlalu peribadi, saya mengambil jalan untuk tutup mulut dan duduk diam diam. bersabarlah wahai hati. sangat berharap semuanya akan pulih. :'(

*hari ini, warga ipg kota bharu sedang sibuk melayari laman web maktab sendiri. kami sudah boleh mula menyemak keputusan peperiksaan semester lepas dan mencetak slip keputusan masing masing. maktab lain sudah berkurun tahu tentang itu kan. bila lah agaknya maktab ini boleh bergerak seiring sejalan dengan maktab yang lain. adehh. apapun, Alhamdulillah saya lulus semua subjek dan boleh meneruskan pengajian untuk semester yang seterusnya. tetapi tetap rasa kecewa dengan pointer sendiri walaupun sudah dapat mengagak sejurus selesai menjawab paper kalkulus. okey saya tahu saya tak boleh tamak. hari tu cakap asalkan lulus, bila dah lulus cakap nak cemerlang pula. maaf. hazreeni, pliss lah jadi lebih tekun. tak nak umi dan bak kecewa lagi. =.=


fullstop. baiklah, saya nak buang segala cerita yang tidak menyenangkan di sudut hati yang paling jauh. baru sahaja membuka buku baru untuk tahun baru. moga segala yang tertulis di dalam setiap bab adalah perkara baik. aminn~

Monday, January 2, 2012

Selamat Datang 2012

..salam..

pejam celik pejam celik, 2011 sudah pun berakhir. cepat betul masa berlalu kan. azam tahun baru tetap sama seperti yang diniatkan pada tahun baru islam. dengan penuh harapan, saya doakan moga hari hari yang mendatang lebih baik daripada sebelumnya. jadi, haruslah saya mencantas segala perkara buruk dan menyemai segala perkara baik. moga dipermudahkan dan dimakbulkan. insyaAllah. :)


sepintas lalu, saya tutup tirai tahun 2011 bersama foto foto percutian saya bersama keluarga selama 10 hari di penang. walaupun bukan di luar negara, kegembiraan bersama tetap terasa! :)

agenda utama --> hantar adik kesayangan, hariz masuk ptsb. GOOD LUCK! :)

ELLE pilihan saya. :)

berbelanja hampir 2k. siapa sangka tok wan shopaholic. hee. :)

salah seorang bodyguard tok wan. good job akmal jauhari. :)

sengaja ambil gambar depan kedai emas. kononnya beli cincin kahwin. =.='

agenda kedua--> bawa tok wan dan mok bercuti. kegembiraan jelas terpancar. :)

arena food court di queensbay mall penang. sedap juga murah. :)

char kuey teow permatang pauh paling best! bukti? tengok pelanggan pun dah tau kan. :)

anak bongsu kesayangan bak. rindu dia lah. :)

umi, mama, mok tak habis habis berdoa time naik train sebab takutkan curam. hehe. :)

seperti biasa, pantang tengok kamera. cepat cepat bela tudung dan senyum. klik! :)

kalau dah tak banyak tempat untuk bergambar, balai polis pun jadi lah kan. :)

pegang tangan tok wan sebab takut jatuh. baik betul. konon. hehe. :P

pulau pinang tempat saya dibesarkan. dua tahun je pun bertapak di usm. :)
hasshim + wan norizan 'manse'! :D

tak cukup 1. kesian abang apik tak datang. mesti jealous kan. lain kali ae. :)

sambil tunggu turn naik feri, ambil peluang yang ada dengan berlensa. :)

sekali lagi berlensa. senyum semua. peace (^_^)v

abang safril dan kak long sebagai penaja utama percutian ini. terima kasih tuan rumah. :D

CINTA HATI SAYA. <3

baba dan mama turut memeriahkan suasana. lain kali kita pergi bercuti macam ni lagi tau. :)

durrah terpengaruh dengan dunia korea disebabkan kak noni. yess, bertambah geng minat korea. :P

abang ngah sibuk bergayut, isy. nasib baik tunaikan janji teman tengok ombak rindu. thanx awak! :)

arnab? ostrich? kami pilih daging kambing sebagai menu utama. :)
nasi beriyani kambing grill dan air susu kambing+badam+kurma sedap!

berselera. tapi cukuplah makan sekali sebulan. sepinggan nasi pun dah 35 ringgit. adoii. =.='

pesta pulau pinang. nak pergi tiap tahun boleh kan. hee
saya nak main semua! sangat suka adventure. erk, adventure la sangat kan. :P


thanx hariz, abang ngah teman naik top gun ni. menjerit jerit tanpa henti. best sangatt! :D

*selain sibuk membeli belah berkali kali, kami tak lupa menziarahi sanak saudara di sana. heaven kan. :)


okey cukup di situ.
kalian, kita teruskan perjuangan untuk tahun 2012 pula yokk!
moga semuanya baik baik sahaja. :)

Friday, December 23, 2011

:)

..salam..

akhirnya keinginan saya untuk meng-update blog telah kembali. banyak perkara yang ingin dikongsikan sekarang. segalanya perkara baik. :)


pertama: 221293
Selamat Hari Lahir Muhammad Hariz Bin Hasshim.
Moga Sentiasa Berada Di Bawah Lembayung Rahmat-Nya. :)

baru sahaja mula belajar kan, jadi hariz kena belajar betul betul. jaga diri baik baik. berkawan dengan orang yang baik. bercinta dengan orang yang betul. ahah. merapu sekejap. :P


kedua: 201284
Happy Anniversary Umi Bak.
Moga Kekal Bahagia Hingga Ke Hujung Nyawa .:)


ketiga: 191290
Happy Birthday Natasya Azwin.
May Allah Blessings Always Be With You. :)


tak boleh bercerita panjang lebar buat sementara disebabkan beberapa perkara. apapun, tahniah kepada semua pelajar PMR yang mendapat keputusan cemerlang hari ini. harap saya juga sentiasa cemerlang. aminn~

Saturday, December 10, 2011

Disember

..salam..

saya mulakan entry baru untuk bulan disember dengan mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat. :)

091290
Ain Meswan, Happy Birthday! May Allah blessings always be with you. :)

nyanyikan lagu ini untuk reeni pliss..

sungguh reeni rindukan ain. sumpah. kalau lah reeni dikelilingi ain dan rakan karib yang lain. hidup reeni pasti lebih bermakna. tipu lah kalau reeni tak rasa kehilangan. okey okey tak mahu bersedih hati di hari yang baik ini. apapun, kalian tetap di hati sampai bila bila! :)

alang alang dapat free call, jangan lupa reeni yang baik hati ini sedang menanti untuk berkongsi cerita menarik. pastikan anda sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi 'panas telinga' ye. :P


p/s:
0712 - selamat hari lahir nizam. moga semuanya ok. :)
0812 - selamat hari lahir ikhwan. pastikan maswan kekal bahagia tau. :)