Saturday, January 15, 2011

kembar dua

SELAMAT HARI LAHIR..

nadira atika
noratika

MOGA DIBERKATI ALLAH SOKMO-SOKMO :)

best kan bila ada orang berkongsi tarikh lahir yang sama. kalau rakan, boleh celebrate bersama. kalau bukan rakan, celebrate je la dengan orang lain pun.

nampaknya kalian sudah berumur 21 tahun. semoga dengan angka yang bertambah itu, membuatkan anda akan berubah ke arah yang lebih baik. be matured ok. :)

sila nyatakan kepada saya apa hadiah yang di idam-idamkan. make sure harganya tidak lebih daripada nilai duit kertas yang berwarna hijau ye. :p

***
kenangan bersama mereka sewaktu berada di IPG-KPI,

nad


1) dia tempat saya meluahkan rasa tentang cinta, sangat berpengalaman.
2) duduk sebelah-sebelah dalam kelas, time lecturer mengajar kami bergosip. isy3. so sorry en.azman! tak nak buat lagi. rindu en.azman selalu.
3) dia juga pro dalam matematik. jeles ohh. sila beri tunjuk ajar :)

nak suruh nad jerit time jumpa nanti, reeni rindukan suara nyaring itu. hoho.

ika


1) ada beberapa orang mengatakan kami ada iras. ye ke? ok. huhu.
2) kami satu kepala sebab selalu lepak walaupun kerja bertimbun, tetapi gelabah di saat-saat akhir. hee. apapun, dia lebih hebat daripada saya.
3) merupakan shopping-mate saya. hangout setiap minggu okey :)

nanti kita hangout tau. make sure keluar pukul 8am balik pukul 12am. heaven.


MOGA JUMPA LAGI. KALIAN SENTIASA DI HATI.
MMUAH!

Tuesday, January 11, 2011

hero saya

kalau saya kata saya seorang yang famous, over ke? :p

..sebab saya berdepan dengan soalan yang sangat banyak lagi, persis seorang artis.

guess what?

pasal JODOH lagi okey =.='

tolong lah percaya bahawa saya tidak mempunyai buah hati mahupun scandal. haih.

ramai juga yang sudah mula bising mengatakan saya perlu mempunyai seseorang. khususnya golongan tua. mahu saya kahwin cepat-cepat.

Oh My Gucci Prada!

adakah saya sudah kelihatan terlalu tua untuk berbuat sedemikian? atau mereka tak sabar nak tengok saya berbahagia di dunia lain? saya kan disayangi ramai. hee :P

hey, saya baru 21 tahun. belajar ada 3 tahun lagi. masak pun merangkak.
nak membina masjid dan menjaga rumah tangga itu destinasi yang masih jauh.

saya tak laku? oit, jaga mulut tu. jahit silang pangkah baru tau.
banyak kekurangan? sudah cukup bersyukur begini. sila terima saya seadanya.
ada yang kata saya sombong, isy3. bukan.. saya pendiam, juga agak pemalu. huhu.

sepanjang perkenalan dengan kaum Adam, hanya seorang yang ter'sangkut' tanpa mengenali saya terlebih dahulu. komunikasi melalui mata tanda setuju.
good job en.N :P

yang lain,

'seronok jugak borak ngan awak. ingatkan senyap je'
[berkali-kali juga mendengarnya. sampai macam tu sekali. isy3]

mungkin faktor-faktor itu membimbangkan semua, takut jadi andartu. fikir positif.

Allah sudah tetapkan semuanya. sama-sama doakan, moga saya dapat yang baik. insyaAllah :)


alang-alang berceloteh tentang jodoh. nak perkenalkan hero saya.

kwon sang woo -> stairway to heaven dan lain-lain

okey saya tahu saya agak ketinggalan, orang lain minat super junior, 2AM, bla3..
biarlah. saya suka dia. sejak 2004. hoho. nak macam tu 1! macam order roti canai.

kalau dapat fahrin ahmad pun okey. angan tak sudah :P


p/s: perbualan bersama rakan 3 hari lepas, kalau dapat yang 'kurang menarik' pun okey. dia tak akan tinggalkan kita. kasih sayang melimpah ruah. hoho. itu bagus.

cukup setakat ini. belajar yokk! :D




Thursday, January 6, 2011

minggu pertama

..salam..

sudah 4 hari saya memegang status pelajar semester tiga untuk tahun ketiga. apa perasaan.. teruja? sedih? atau marah? entah, tak rasa apa-apa. hee.

berkenaan result exam. sesungguhnya saya jealous dengan rakan lain yang mendapat pointer cemerlang gemilang terbilang. tahniah ye. tetapi sangatlah bersyukur sebab saya lulus dalam semua subjek. Alhamdulillah. ingatkan sayalah calon pelajar yang gagal dalam paper math. sumpah saya tak boleh buat dengan baik exam hari tu. sebab musabab, saya belajar last minute. padan muka, jangan buat lagi tau. saya sukar asingkan masalah peribadi dengan belajar. banyak giler kott masalah. terima kasih kepada semua yang banyak membantu semasa saya jatuh tersungkur. cuba tukar masalah kepada cabaran ye. insyaAllah semuanya ok :)

ada beberapa perkara yang menyebabkan kami memuncungkan mulut tanda tak puas hati. peraturan maktab semakin ketat. warga ipg-kkb tidak dibenarkan keluar selagi jam tidak menunjukkan pukul 1.15 pm. jam teruk seperti berada di jalan bangsar untuk ke midvalley mall. time balik huhu. lagi, sesiapa yang datang lewat ke kelas akan dikenakan bayaran rm20 sebagai denda. boys and girls, sila putarkan jam kita 20 minit lebih awal. lebih baik ia digunakan untuk membeli topup untuk bergayut. hoho. ..dan lain-lain lagi. yang pasti, saya tak suka okey.

sesi p&p berjalan dengan lancar, cuma lecturers yang mengajar agak garang, jantung dup dap dup dap time masuk kelas sebab takut. macam mana nak enjoy belajar ni? =.=' lega sebab unit beruniform saya adalah pandu puteri. sesuai dengan sifat lemah lembut para guru pelatih perempuan kelas math. hee. kalian, sila angkat tangan kanan separas telinga. bagi ahli pandu puteri, jika berbuat sedemikian kepada ahli lain, itu bermaksud 'tolong diam'. jelas menunjukkan kami sopan kerana tidak perlu menjerit-jerit sampai terkeluar anak tekak :P

kehidupan di hostel sama seperti sebelumnya, biasa-biasa saja. yang penting, saya akan pulang ke rumah hampir setiap minggu kerana ia merupakan tempat terbaik untuk 'lepak'king. bukan homesick ye, sekadar merindu. hey, hanya untuk minggu ini, khairul fahmi akan berlatih bola sepak dengan penuh bergaya di padang ipg-kkb! terasa ingin melihat pemain bola sepak yang sedang famous di Malaysia dengan lebih dekat. kata rakan, dia sangat friendly dan kacak dengan 'chinese look'nya. jealous ohh. kirim salam assalamualaikum kepada dia ye :)

cukup laporan mingguan untuk kali ini. selamat belajar semua. jaga diri dan belajar rajin-rajin. salam 1 Malaysia dari saya yang punya semangat patriotik :D

Saturday, January 1, 2011

1.1.11


the Old Year has gone. let the dead past bury its own dead. the New Year has taken possession of the clock of time. all hail the duties and possibilities of the coming twelve months!

***

wishlist saya:

ubah segala macam perangai yang buruk. salah satunya, mampu ubati penyakit malas yang berada di tahap ketiga ni.

buang semua benda lepas yang serba tak kena tu supaya jiwa tidak kacau. di harap, saya akan sentiasa tersenyum pada hari-hari yang mendatang.
boleh tak kalau orang lain tak bolak-balikkan hidup saya lagi? haih.

azam yang sama seperti tahun baru Islam, moga diri saya akan lebih dekat dengan-Nya, untuk dapat keberkatan hidup. azam kita sama kan? bagus, jom berusaha! :)

oops, nak ada kereta sendiri, suami dalam masa tiga tahun dari sekarang. hoho. melebih-lebih :P



--> selamat hari lahir kepada semua yang menyambut hari lahir pada 1 januari. moga sentiasa di berkati Allah :)

p/s: jatuh hati dengan lagu insyaAllah sejak pertama kali mendengarnya. chewahh. memberi semangat tau :)