Showing posts with label renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi :)

..salam..

mahu mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
moga bulan yang penuh keberkatan ini terisi dengan segala amal yang baik. :)


*fenomena bulan puasa*

bila tiba waktu maghrib..
hari-hari biasa: eh dah maghrib ae? kejap lagi la solat. banyak masa lagi.
pada bulan puasa: wey korang. cepat lah! dah maghrib ni. lambat larr.
:D
p/s: kepada semua rakan termasuk saya yang akan mula berpraktikum minggu hadapan, selamat maju jaya! :)

Sunday, November 27, 2011

1433 H

SALAM MAAL HIJRAH 1433!


jangan lengahkan masa,
ayuh mulakan dengan doa dan harapan. :)


''Ya Allah seketika di akhir tahun ini, Insyallah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi pembaca ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkannya daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yang murni. Amin Ya Rabbal Alamin"


sebagai tanda kesyukuran kita kepada ILAHI, marilah kita BERHIJRAH daripada melakukan dosa kepada beramal menggandakan ketaatan kepada ALLAH swt. menanam sikap membudayakan AKHLAK keperibadian yang mulia di dalam DIRI. kita suburkan rasa TAKUT dalam diri supaya terzahir sifat IHSAN dalam sanubari agar kita sentiasa merasai KEBERSAMAAN ALLAH dalam setiap detik dan langkah kita.


ayuh lakukan segala kebaikan dengan penuh istiqamah sekarang! :)
moga dipermudahkan segalanya.

Saturday, August 6, 2011

bulan penuh keberkatan


Salam Ramadhan diucapkan kepada para muslimin muslimat di seluruh dunia :)

pejam celik pejam celik, hari ini sudah masuk hari yang ke 6 kita berpuasa kan. cepat betul masa berlalu. haa, sembahyang terawikh pergi ke tak? ohh, tak pernah tinggal pun lagi walau satu malam. bagus bagus. teruskan usaha. :)

weekend kali ini cukup bermakna bagi saya sebab dapat berbuka puasa dan sembahyang terawikh bersama keluarga di rumah untuk yang pertama kalinya. hooray! oops Alhamdulillah. perlu berlaku sopan. suasana di rumah sangat berbeza dengan di hostel. juadah berbuka di rumah heaven sangat, 1 keluarga sembahyang terawikh di masjid pula membuatkan diri terasa sangat bahagia, time sahur sepinggan pun tak cukup tau. apapun tetap gembira dengan kehidupan kondominium 4 tingkat Ipg. huhu. :)


cukup sesi bercerita, mari kita renungi kelebihan Ramadhan:

1. Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu pintu syurga, ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

2. Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

3. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah pada hari kiamat.

4. Ada dua kegembiraan yang akan diperoleh bagi orang yang berpuasa iaitu apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Allah dia gembira dengan puasanya.


"Sesiapa bangun (untuk beribadah) pada malam-malam Ramadhan kerana Imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dari-Nya, akan diampunkan dosanya yang lalu." [Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a]

Saturday, May 28, 2011

Subhanallah

tak pandai nak download video facebook, tapi nak kongsi satu KEAJAIBAN. saya bagi link ye.
luangkan masa hanya untuk 9 minit, kalian tak akan rugi sedikit pun.




Sukar untuk mempercayainya.. dia adalah seorang pemuda yg cacat mental, bila ditanya sesuatu dia akan jawab yang lain atau mungkin menjawabnya dengan soalan yang asal atau tidak menjawabnya kerana bingung, tidak faham pertanyaan dan sebagainya.


Seperti di dalam video ini ketika ditanya kenapa kamu menghafal Qur’an? Dia menjawab 23 juz.
Ketika dijelaskan pertanyaan untuk apa kamu menghafal Al-Qur’an? Dia bingung dan menjawab 7 juz.
Bagaimana kamu menghafal Al- Qur’an? Dia agak bingung dan menjawab dengan soalan asal.

Tapi bila ditanya tentang ayat ayat Qur’an, misalnya kalimat ini ayat berapa, surah apa, teruskan kalimat ini dan sebagainya dia dapat menjawab semuanya. seakan akan dia tidak mengetahui apa- apa kecuali Al-Qur’an.

Di akhir video ketika ditanya, kamu tahu hukum tajwid? Dia jawab ya.. hukum tajwid.
Kamu mengetahuinya? Dia jawab.. aa (ya)
Sebutkan salah satunya. Dia pun beritahu.. aa (iyaa)
Atau kamu hanya mendengar Qur’an dan menghafalnya? Dia menjawab.. Al-Qur’an hafidz (hafal).

Subhanallah.. Mashaallah.. Laa Quwwata illa Billaah.
Inilah keajaiban Al-Qur’an.. inilah bukti keagungan dan kebenarannya.

sayunya hati, terasa diri banyak kekurangan. tetapi masih belum terlambat, dekatilah Allah. moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya. aminn. :)


Allah s.w.t berfirman :

“ Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan Al Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.
( QS Al-Hijr : 9 )

صدق الله العظيم


Monday, April 25, 2011

kesembuhan itu milik Allah

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah.

Kata-kata ini dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

Mengingati saat menziarahi jenazah seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba telah mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.

Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah. Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

Artikel iluvislam.com


** jadi kawan, yakinlah.. setiap penyakit ada penawarnya. insyaAllah. :)

Saturday, March 12, 2011

petaka

..As Salam..
muncungkan mulut.. fuhh fuhhh.. dah tiup segala habuk yang ada kat blog ni :)

petaka tsunami di Jepun
hurm.. risau sangat kan? baca paper, tengok gambar pun saya dah ternganga menggigil. okey, tipu. nauzubillahiminzalik.. tak boleh bayang kalau benda tu berlaku kat tempat kita. besar betul ujian Allah. Subhanallah. mungkin semua yang berlaku adalah pengajaran terhadap semua umat manusia terutamanya yang bergelar Islam.. check semula apa yang kita dah lakukan selama kita hidup.. apakah di terima atau dimurkai Allah? apapun, usahakan yang baik. moga yang baik kita peroleh kelak. insyaAllah..

petaka di Gerik, Ipoh
sayu bila teringatkan berita 4 guru pelatih IPG-Kampus Sultan Mizan yang mati dalam kemalangan kelmarin. students ayah saya. terbayang-bayang muka diorang especially girl yang chinese tu, bawa raket badminton bersama tak kira masa tau. minat betul main badminton. lepas ni, tak akan nampak dia dah. em, nak dijadikan cerita, kemalangan tu membabitkan pensyarah sendiri. tetapi Alhamdulillah kawan ayah tu hanya cedera ringan. haih.. sedih bila fikir, hati diorang tak sabar nak jumpa family tercinta. ibu bapa apatah lagi, mesti la nak peluk cium anak tersayang. bersabarlah!

apapun..
setiap yang hidup pasti akan mati. tiada siapa pun yang boleh lari daripada mati. yang penting, kumpul lah segala amal soleh sebagai bekal untuk di akhirat kelak :)

Sunday, February 6, 2011

ALLAH KNOWS

When you are tire and discouraged from fruitless efforts..
ALLAH knows how hard you have tried.

When you've cried so long and your heart is in anguish..
ALLAH has counted your tears.

If you feel that your life is on hold and time has passed you by..
ALLAH is waiting for you.

When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call..
ALLAH is by your side.

When you think you've tried everything and don't know where to turn..
ALLAH has a solution.

When nothing makes sense and you are confused or frustrated..
ALLAH has the answer.

If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope..
ALLAH has whispered to you.

When things are going well and you have much to be thankful for..
ALLAH has blessed you.

When something joyful happens and you are filled with awe..
ALLAH has smiled upon you.

When you have a purpose to fulfill and a dream to follow..
ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember that wherever you are or whatever you are facing
ALLAH KNOWS!

Monday, November 29, 2010

punca kesusahan

Terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab ditimpa kesusahan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut :


1. tidak sembahyang atau solat.

2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.

4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.

5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.

7. suka bersandar pada pintu rumah.

8. suka duduk di atas tangga.

9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. tidak membersihkan rumah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. suka tidur di atas muka.

15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.

17. mengelap muka dengan baju.

18. berdiri sambil bercekak pinggang.

19. tidur tidak memakai baju.

20. makan sebelum mandi hadas.

21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. lambat pulang dari masjid.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. suka memadam pelita dengan nafas.

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.

32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. makan dengan menggunakan dua jari.

34. berjalan di antara kambing.

35. berjalan di antara dua perempuan.

36. suka mempermainkan janggut.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38. meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. suka menggigit kuku dengan mulut.

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. menguap ketika solat.

43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


*Sumber : kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah


bermula esok, hentikan perbuatan-perbuatan sedemikian ye. insyaAllah peroleh kesenangan.


to my lil. brother -->

HARIZ, GOOD LUCK SPM !! :)