Alhamdulillah. berakhir sudah tanggungjawab saya sebagai guru pelatih semester 7. peperiksaan diakhiri dengan senyuman, mungkin. moga segala yang telah dilaksanakan mampu membuahkan hasil yang baik. hanya tinggal enam bulan sahaja lagi sebelum tamat tempoh pengajian. go go go! :)
penat otot yang bekerja dan otak yang berfikir sepanjang awal tahun ini kan. sekarang tiba masanya untuk menggoyangkan kaki di rumah tanpa sebarang alat tulis dan buku. ohh hati sangat senang.
lagi satu, akan ada hari penting bagi keluarga saya untuk cuti pada kali ini. pasti sibuk dan penat tetapi tetap rasa gembira juga sayu. hmm. dek situasi ini, tak pasal-pasal diri sibuk nak melayan segala lagu cinta beratus kali. best juga mengelamun rupanya. hehe. apapun, moga semuanya berjalan lancar. :)
hey ain meswan, selamat datang! hey kalian, selamat bercuti!
akhirnya PRU-13 sudah berakhir semalam. ada yang gembira tidak terhingga dan ada yang kecewa tidak terkata. tapi nak tak nak kena terima keputusan itu kan. apapun saya ucapkan tahniah kepada yang menang. moga dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang lima tahun ini. kepada pihak lain, seperti mana yang kita dengar dari seseorang "kita tidak kalah, cuma belum menang". perjuangan masih belum selesai? moga tetap teguh bersatu. :)
saya bukanlah seorang yang arif pasal politik, jauh sekali mengetahui segala kebenaran bagi setiap pihak. tetapi tetap kecewa dengan pilihanraya kali ini. haa, kalau sudah kecewa. sah-sah tahu siapa yang disokong kan? hehe. apapun, gembira dengan kekalnya Kelantan bersama Tok Guru. Alhamdulillah. :)
macam-macam cerita yang didengar. pengundi hantu, kes blackout, ditambah pula isu terbaru tentang merampas hak melayu. haihh. sedih sekiranya benar semua ini berlaku. susah sangat ke nak hidup tanpa ada perbuatan sumbang? apapun, jangan bergaduh sesama sendiri. hanya Allah yang Maha Mengetahui. sesama doakan yang baik untuk keamanan Malaysia. terasa ada sifat patriotisme dalam diri. hehe. :)
p/s: baru sahaja teruja dengan sistem penempatan guru secara "Mesra Keluarga". suami isteri tidak sekadar di hati malah dekat di mata, dan masalah tertentu membolehkan kita meminta untuk dekat dengan keluarga. tapi, itu angan saya semata. dan nampaknya kami lepasan institut perguruan masih perlukan interim. adoii.
p/s: sayu sedih rasanya mendengar perkhabaran berkenaan Tok Guru. moga Menteri Besar Kelantan yang baru dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. bangga dengan kepimpinannya, jasamu Tok Guru akan ku kenang sampai bila-bila. :')
tiga bulan menyibukkan diri dengan praktikum, akhirnya saya kembali ke pangkuan blog. rindu! semestinya saya akan kongsikan semua apa yang diperoleh. tapi bukan sekarang. perlu wujud perasaan rajin untuk itu. :)
***
actually diri tengah excited dengan drama adaptasi daripada novel Sehangat Asmara. pelakon utama pula sangat sesuai digandingkan, Adi Putra dan Rita Rudaini. pelakon dah berumur? hey tengok dulu baru komen. umur tak menyebabkan kecacatan cerita pun. babak study di Aussie, mereka tetap nampak muda okey.
flashback time praktikum. setiap hari isnin hingga rabu. tepat pukul 10 malam, wajib ada depan televisyen. biasanya waktu itu sesi makan malam bagi kaum adam baru selesai. dan sepatutnya giliran kaum hawa pula yang makan tetapi Sehangat Asmara punya pasal, tangguh untuk makan atau buat kerja lain. meriah kott bila mana umi, sepupu sepapat, mak saudara, nenek turut sama menonton. pembantu rumah pun sama! minat tengok Adi dan Rita. sangat cantik katanya.
kalau novel pun antara novel yang terlaris sebelum ini, maknanya cerita itu sangat menarik lah kan. sama seperti drama, masing-masing diantara kami tersenyum simpul kalau tengok scene yang sweet sangat. romantik ohh. tapi time sedih atau marah, mula lah kami merungut tanda geram. hehe.
hasil cerita yang menarik plus gandingan hebat Mr.Gentleman dan Ms.Gorgeous termasuk Princess comel ini, menyebabkan sampai sekarang saya tonton berkali-kali. baca novel. dan selalu jenguk fanpage drama ini sebab suka baca komen orang yang sependapat dengan saya. hanya kami yang memahami tahap excited itu. chewahh. ohh pihak produksi, pliss gandingkan mereka lagi. saya suka!
okey selesai sesi promosi drama terbaru.
sementara ada ruang masa sebelum study week, jom tonton lagi!
copp,
sedap telinga mendengar. :)
***
ruang untuk Big Bang terbantut sedikit sebab sibuk dengan pelakon Sehangat Asmara. setia berbelah bahagi. :p mahu seorang Adam seperti 'Zainal Arief' lah. tehee. :))
kalau mula menyebut 'mereka' dan dua perkataan korea. semestinya ia berkenaan kumpulan kesayangan.
hasil blogwalking sebentar tadi, dapat jumpa blog rakan VIP yang turut sama ke konsert baru-baru ini. yang juga merupakan rakan sekolah saya. teringat pula kami kecoh pasal tiket dan pengangkutan untuk ke sana. apapun, semuanya berjalan lancar. kami berpuas hati! hehe. :D
salah satu entry yang menarik perhatian adalah tentang MAMA Awards yang baru sahaja diadakan baru-baru ini. nak kongsi juga lah. jom tengok. :D
epic moment. :)
sunbae + hoobae :)
abaikan pakaian mereka yang unik. mereka tetap handsome di mata saya. hanya sekadar persembahan tetapi seakan-akan mereka sedang berada di konsert sendiri kan. terbaik lahh! apapun, tahniah sebab dapat empat anugerah pada malam itu. moga terus maju jaya. chewahh. :)